Saturday 22 March 2014

OHH MUMTAZ.."ILMU FI SUDUR LAISA FI SUTUR"

ASSALAMUALAIKUM...


22 MAC 2014,ALEXANDRIA,


Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat lagi admin meng'update' aktiviti2 yang dijalankan oleh ahli2 imec 2014,tidak lupa berkat perjuangan dan pengorbanan baginda Nabi Muhammad SAW dapat lagi kita menikmati 2 nikmat terbesar nikmat IMAN & ISLAM.Alhamdulilah...

Hari ni teratak Iskandariah telah dibanjiri dengan kunjungan ahli2 imec yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke sana atau mungkin dah selalu sgt pergi.Tujuan sebenar kami akhawat2 imec kesana adalah utk mengisi masa lapang(sbb cuti dh 2 hari sekarang yeay!!!) dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorg "student medic"....(study group weyyy)

Tepat jam 9.00pg telah berlangsungnya "study group" antara ahli batch imec walaupun hanya segelintir shj yg dah sampai.Study group yang berlansung selama 3jam merupakan aktiviti yang telah dirancang dan dianjurkan oleh BIKED(biro akademik batch) sesi 2014 untuk memastikan kecemerlangan ahli2 batch dalam peperiksaan tp ingat(ilmu bukan hanya utk periksa shj!!) tetapi utk dimanfaatkan kepada ummah..cewahh.Okay insyaAllah study group ini akan berlansung sekali seminggu(setiap hari sabtu).Kami menggunakan kaedah YT(young tutor) utk setiap 4 subjek setiap kumpulan means that,dalam setiap kumpulan ada ahli dan ada YT yang bertanggunjawab dalam setiap 4 subjek(anatomy,histology,physiology,biochemistry).Subjek bergantung kepada setiap modul.YT bertanggungjawab utk menerangkan dan memastikan ahli kumpulannya memahami setiap "sudut' yang ada dlm buku.Sebagai student medic kita memang tidak lepas daripada menghafal muscle2,nerve2 supply dan so on yang sumpah memang byk giler,jd tugas lain YT adalah utk men'tasmik' setiap ahli apa yang telah mereka hafal.Selepas membuat postmortem daripada result sem 1 hari tu,biked telah mendapat solusinya iaitu mengahafal dan mentasmik,bukan nk ungkit cerita result sem 1 yg so-so sgt tu,rata2 kebanyakkan kita hanya faham dan bca shj tp tak hafal sbb kita bukan budak arab yg senang sgt nk hafal..mungkin sbb banyak sgt makan kibdah(okay takde kene mengena)..InyaAllah dgn kaedah sebegini dan kerjasama daripada ahli batch kita boleh bersama2 merangkul keunggulan(MUMTAZ).

Disini juga admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kpd ahli2 batch yg telah berjaya dlm peperiksaan sem 1(module 2 & module 3) kpd yg masih belum berjaya(bukan tidak),kita masih punya masa,Allah bg kita 24jam sama rata utk kita berusaha mengapai ilmu Allah tu.(guna sebaiknya)

                                      
                                         insyAllah kalau nk note2 yg warna2 ni boleh mntk admin

salah satu kumpulan yg sgt cermerlang,sbb dtg awal..weee

masing2 pegang notes yg diberi(hebat!!!)

nampak tak Farhana semangat terangkan anatomy tuu..



Akhir kalam,ingatlah sesebuah kejayaan datangnya dari usaha dan tawakkal kpd Allah.
Moga Allah redha.

0 comments:

Post a Comment