Tuesday 20 May 2014

Menyemai UKHUWAH

 20 mei 2014, 7.00 malam telah berlansungnya salah satu aktiviti di bawah program Lets Rejou anjuran Perubatan Cawangan Iskandariah(PCI) dan berakhir kira-kira jam 11 malam.Aktiviti ini telah melibatkan semua mahasisiwi perubatan tahun 1-tahun 6 dan mahasiswi pergigian tahun 1-tahun 5 bertempat di Convention Center,Azarita.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara mahasisiwi Iskandariah tidak kira umur,pangkat dan jawatan yang disandang.Selain itu,program ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswi.Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah lakonan,nasyid dan tarian.Sebanyak 10 kumpulan yang mewakili ahli Smart Circle(SC) tahun 1-tahun 6 telah menyertai pertandingan ini dan diadili oleh beberapa orang juri yang hebat,adil dan saksama.

Secara peribadinya,program ini telah mencapai matlamat utama yang ingin dikejar iaitu UKHUWAH selain kita mengejar redha Allah.Akhir kalam dalam kita berukhuwah jadilah teman yang paling baik dan sentiasa memaafkan kesalahan rakan,dan "apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah,mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama,melihat gerak gerinya teringat mati."

Ukhuwah itu ibarat seutas tasbih,ada awal tiada penghujung,dicipta untuk mengingatiNya,dibahagikan untuk cintaNya,diratib untuk redhaNya.

Moga Allah Redha...

0 comments:

Post a Comment