Tuesday 20 May 2014

Al-a'qlu salim fi jismi salim

ReJOU part two:

Sc Bro merupakan salah satu aktiviti Lets Rejou yang telah dirancang oleh jawatankuasa Perubatan Cawangan Iskandariah(PCI) bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama mahasiswa dan mahasiswi.Aktiviti sukaneka ini telah berlansung pada hari Jumaat,16 mei 2014 bertempat di Istad Hospital Pediatrik.

Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan ikhwah malah melibatkan akhawat.Akhawat Iskandariah telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini dan dibahagikan kepada 4 kumpulan KUNING(Alpha),BIRU(Bravo),MERAH(Charlie) dan HIJAU(Delta).Sukaneka ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama yang telah diberikan oleh ahli PCI 
tahun 1-tahun 6.


 Aktiviti ini yang bukan sahaja dapat mengeratkan ukhwah sesama kita tetapi dapat menyihatkan tubuh badan bak kata pepatah arab "Al-a'qlu salim fi jismi salim".Benar sungguh pepatah ini akal yang cerdas terletak pada badan yang sihat.Jadi sebagai seorang bakal doktor muslim kita tidak digalakkan untuk belajar semata-mata dan tidak menyertai program-program yang melibatkan aktiviti luar malahan kita diseru untuk menyeimbangkan kedua-duanya.
acara tarik tali

ukhuwah angkat air sama2



 alpha,bravo,charlie,delta
pasukan charlie,daebakk





akhir kalam.moga Allah redha..

0 comments:

Post a Comment